3hb Ogos 2009 - Satu Kursus Asas Blog telah diadakan. Kursus ini bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim,Perak. Seramai 15 orang guru telah menghadiri kursus ini. Kursus ini diadakan selama 3 hari.Kursus ini bertujuan untuk membina blog bagi setiap sekolah di kelompok 6.
Menjadikan SJK(T) Ladang Katoyang sebagai gedung wawasan untuk melahirkan anak murid yang cemerlang dari segi Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.
MISI
Melahirkan insan yang boleh menghayati dan mengamalkan ilmu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif, baik, kondusif serta mampu berusaha menghadapi cabaran masa depan.
OBJEKTIF SEKOLAH
OBJEKTIF SEKOLAH
Objektif sekolah ini merupakan matlamat yang ingin di capai berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
· Memberi perhatian kepada setiap insan dan memastikan ia dapat menguasai kemahiran asas 3M.
· Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berdedikasi, bersih, cekap dan amanah.
· Melahirkan insan yang sanggup menerima cabaran dan perubahan yang sentiasa berlaku.
· Melahirkan insan yang sentiasa berpegang kepada agama, tradisi dan jati diri.
· Membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang bersatu padu.
· Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SJKT SR berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:-
Murid · Mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti dalam semua bidang: Kurikulum dan ko-kurikulum, · Menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan · Mendapat kasih sayang ,kebajikan dan layanan yang adil · Belajar dalam jaminan keadaan yang selamat · Mendapat hak dan peluang pembelajaran yang saksama
Staf · Setiap staf sekolah menerima latihan dalam mempertingkatkan ilmu sekurang-kurangnya dua kali setahun • Dilayan dengan adil dan saksama.
Waris • Memberi layanan dari khidmat kaunter yang cepat dan mesra. • Setiap aduan akan disiasat dan dimaklumbalas dengan kadar segera • Setiap cadangan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 5 hari.
Kementerian Pelajaran
• Memastikan setiap arahan dan surat pihak PPD, JPN dan Kementerian diambil tindakan mengikut tempoh masa.